Your Title Goes Here

Your content goes here. Edit or remove this text inline or in the module Content settings. You can also style every aspect of this content in the module Design settings and even apply custom CSS to this text in the module Advanced settings.

Your Title Goes Here

Your content goes here. Edit or remove this text inline or in the module Content settings. You can also style every aspect of this content in the module Design settings and even apply custom CSS to this text in the module Advanced settings.

Latar Belakang Masjid

Masjid Jamek Kuala Lumpur telah dibuka secara rasminya pada 23 Disember 1909 oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor Sultan Alauddin Sulaiman Shah. MJSASKL juga merupakan masjid bersejarah dan tertua yang dibina di Kuala Lumpur. Keistimewaan masjid ini ialah lokasinya yang unik kerana terletak di persimpangan antara dua sungai iaitu Sungai Klang  dan Sungai Gombak.

 

 

Masjid Jamek Kuala Lumpur mempunyai kaitan yang amat erat dengan sejarah penubuhan Kuala Lumpur yang bermula pada tahun 1820 apabila orang Melayu dari Sumatera berhijrah ke kawasan ini,. Persimpangan Sungai Klang dan Sungai Gombak yang menjadi kedudukan masjid pada hari ini merupakan lokasi aktiviti memunggah hasil bijih timah yang menjadi sumber ekonomi masyarakat ketika itu.

Ketika sekumpulan pedagang pencari timah berlabuh di lokasi pertemuan Sungai Klang dan Sungai Gombak pada akhir tahun 1860, nama tempat ini telah diberikan sebagai ‘Kuala Lumpur’.

Peta Kuala Lumpur pada tahun 1895 merekodkan bahawa tapak masjid ini asalanya merupakan sebuah tanah perkuburan Melayu Islam. Persekitaran asal kawasan masjid terdapat perkampungan Melayu yang dikenali sebagai Kampung Rawa. Ketika itu kampung ini hanya mempunyai sebuah masjid kecil yang terletak di tebing Sungai Klang. Menjelang tahun 1900-an, ruang masjid yang lebih besar diperlukan bagi menampung bilangan umat Islam di Kuala Lumpur yang semakin bertambah. Oleh itu perancangan sebuah masjid baru  yang lebih besar telah dilaksanakan.

Pembangunan Masjid Jamek Kuala Lumpur adadalah hasil sumber kewangan yang diperoleh dari gabungan derma jariah DYMM Sultan Alauddin Sulaiman Shah, masyarakat Islam dan peruntukan kerajaan British ketika itu. Kos keseluruhan pembinaan masjid ini ialah $33,538.25. Kerja-kerja membina bangunan ini bermula setelah batu asas masjid telah diletakkan oleh DYMM Sultan Alauddin di tapaknya pada 23 Mac 1908.

Dibina pada zaman di mana sungai masih menjadi nadi sistem pengangkutan sesebuah bandar, kedudukan Masjid Jamek dipertemuan Sungai Gombak dan Sungai Klang menonjolkan peranan bangunan ini sebagai tunjang utama masyarakat Masjid dengan alam yang sejahtera sangat jelas terutama dengan sumber air yang diperlukan untuk berwudhuk dan penyucian. Sejak pembukaannya, masjid ini adalah institusi utama kepada masyarakat Islam di Kuala Lumpur menunaikan solat Jumaat sehinggalah Masjid Negara siap dibina pada 27 Ogos 1965.

Masjid Jamek Kuala Lumpur telah digazetkan sebagai Warisan Kebangsaan oleh Jabatan Warisan Negara, Kementerian Perpaduan, Kebudayaan dan Kesenian mengikut Akta Warisan Kebangsaan 2005. Pada 23 Jun 2017, Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj telah berkenan menyempurnakan perisytiharan penamaan semula masjid ini kepada Masjid Jamek Sultan Abdul Samad, Kuala Lumpur (MJSASKL).

Seni Bina

Senibina MJSASKL telah direka oleh A.B Hubback iaitu seorang arkitek kerajaan British yang turut bertanggungjawab merekabentuk bangunan lain di Tanah Melayu ketika zaman itu. Sebelum berkhidmat di Tanah Melayu, Hubback pernah berkhidmat sebagai Timbalan Pengarah Jabatan Seni Bina Kerja Raya di India. Pengalaman tersebut telah mempengaruhinya untuk menerapkan konsep seni bina India Utara Mughal setelah berkhidmat di negara ini.

Rekaan pertama beliau di negara ini ialah Bangunan Sultan Abdul Samad Kuala Lumpur dan seterusnya turutu menggunakan konsep yang sama di MJSASKL. Masjid lain yang direka oleh beliau ialah Masjid Ubudiah di Perak.

Kesimpulannya, senibina MJSASKL telah direkabentuk mengikut konsep senibina Mughal dari India. Ciri-cirinya ialah kubah besar berbentuk bulat yang menyerupai bawang, mempunyai menara besar beserta menara-menara kecil di atas bumbung masjid dan menggunakan elemen Chhatri iaitu sebina yang terdapat di India.