Selamat Datang Ke Website Rasmi

Selamat Datang Ke MasjidJamekKL.com

Mari Menderma

 

JOM SERTAI IBADAH QURBAN UNTUK MASYARAKAT MISKIN & MUALLAF DI BORNEO(SABAH & SARAWAK)

Masjid Jamek Sultan Abdul Samad, Kuala Lumpur dibawah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) menjemput anda semua untuk mengambil bahagian Qurban bagi Projek Khidmat Sosial(CSR) Qurban 2.0/2019 di Borneo.

Info Qurban :
🐂 Hanya RM750/1 bahagian
🐏 Hanya RM5,250 Seekor Lembu

Perlaksanaan Qurban akan diuruskan dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Islam Negeri Sabah (JAHEINS) & Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS).

Whatsapp segera untuk pertanyaan & penyertaan :
📍Us Yahya : 019-2831387
📍En Adiman : 011-29068385
📍Us Nizzam : 014-5122042

Penyertaan dan pembayaran juga boleh dibuat dengan Bank In ke:
💰Bank Muamalat Bhd
💰14010007219715
💰Nama: Masjid Jamek Bandaraya Kuala Lumpur

Tarikh akhir penyertaan:
31 Julai 2019

 

 

 

 

19 April 2019 – KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah berangkat menunaikan Solat Jumaat di Masjid Jamek Kuala Lumpur.

KOMUNITI MESRA AUSTIME 2019

6 April 2019 : Bersempena bulan April Bulan Kesedaran Autisme Masjid Jamek Sultan Abdul Samad, Kuala Lumpur, dengan kerjasama rakan strategik Autism Friendly Mosque telah mengadakan Program Komuniti Mesra Austisme pada hari Sabtu bertarikh 6 April 2019 yang lalu.

Program ini bertujuan bagi meraikan Hari Autisme Sedunia yang disambut pada 2 April setiap tahun, selain itu, kita juga dapat meluangkan masa bersama anak-anak yang istimewa ini dengan lebih erat dan mesra untuk mereka.

Kami dari pihak Masjid dan krew-krew yang terlibat ingin mengucapkan ribuan terima kasih diatas segala bantuan dan sokongan yang telah diberikan sepanjang program ini berlangsung.

 

Translate Website »